Jom Followers Blog Blog Untuk Pasangan Kekasih Sejati

Wednesday, March 28, 2012

Melepaskan Rasa Cinta Itu Lebih Baik Dari Terus Merana




...Jangan bersedih ketika kita kehilangan cinta, tapi bersedihlah ketika keimanan kita yang hilang.. Itulah kita, lebih memberi keutamaan pada cinta sesama manusia sedangkan bukan itu yang sebenarnya tujuan kita hidup...


Cinta membawa maksud pengertian yang berbeza dan meluas bagi setiap orang.. Dan selalu memberi tafsiran mengikut apa yang dirasainya..


Menyintai seseorang tidak semestinya akan memiliki dirinya.. Dan maksud cinta itu sendiri kita akan melakukan apa sahaja demi untuk melihat kebahagiaan si dia walaupun kadang kita terpaksa mengorbankan jiwa..


Dan ada kalanya kita harus berhenti menyintai seseorang dan membiarkan cinta kita itu menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup kita.. Kadang kita perlu menerima hakikat, jika tiada jodoh di antara kita dan dia seharusnya kita lepaskan dan lupakan cinta itu kerana lebih baik dan memberi harapan pada hati kita..


Sedangkan kita tahu dan menyedari bahawa orang yang kita cintai lebih bahagia bersama dengan insan lain.. Masa depannya lebih terjamin, mengapa kita terus menyiksa diri kita menanti dan menunggu satu kemungkinan yang pastinya akan sia-sia kita lakukan..


Usahlah kita memberi satu keyakinan palsu pada diri sendiri, demi menyedapkan rasa supaya bertahan dan menunggu cinta itu mekar dan di balas dengan cinta jua.. Demi untuk bersama insan yang kamu rasakan perasaan yang hadir itu cinta tapi kamu terus merosakkan diri kamu.. Merosakkan masa dan membazirkan waktu waktu yang berlalu tanpa menerima cinta yang lain seolah tiada mata untuk memandang hati ikhlas menerima kamu seadanya..


Sedangkan umur kamu tidak berhenti begitu saja, terus berjalan tanpa menunggu,kamu.. Dan sedang kini kamu masih menyendiri keseorangan dan sunyi yang,panjang.. Kerana masih tidak mahu melepaskan perasaan cinta yang tidak,berbalas.. Cubalah menerima kenyataan si dia bukan lagi untukmu..


Amat sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bahagia bersama.. Untuk,melupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tapi kita harus tabah dan,akur akan hakikat yang telah kita terima.. Kadang berbicara tentang cinta memang,mudah tapi bagi mereka yang melalui saat getir ini amat susah untuk
menghadapinya


Berbicara tentang cinta memang mudah.. Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.. Bagi untuk melupakan cinta dalam hati memang penat bagi,yang mahu melepaskannya.. Tapi percayalah, cinta bukan segala-galanya..


Janganlah sesekali kita mengatakan kita tidak mahu lagi bercinta atas kerana,kekecewaan yang pernah kita lalui, berdoalah tawakallah kerana sinar cahaya akan berada bersama kita sikit masa lagi..

Bila Dikhianati Cinta, Kuatkan Semangat Relakan Kemaafan


Perit sekali apabila diri dicurangi.. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga.. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi.. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya.. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama..

Dan kita harus mengerti, setiap perkara yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati.. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedar. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri..

Hidup kita akan sentiasa mendendami dan masih bersisa kesakitan yang terjadi akibat kecurangan tika cinta dikhianati.. Dan kita pasti amat susah memaafkan dan,menerima kembali pasangan kita itu seolah menjadi ketakutan yang dahsyat pabila,teringatkan kelakuan yang menyakitkan hati.. Pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut..

Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia.. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan.. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya.. Untuk memberi hukuman, jauh sekali kita serahkan pada Allah yang
Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang menjadikan perkara tersebut sebagai iktibar serta berdoa.. Ingatlah kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap..
Allah tidak akan mengecewakan kita.

Hakikatnya, Allah jadikan kita kuat untuk menghadapi ujian dan dugaanNya kerana pengalaman pahit dan manis itulah menjadi ukuran..

Kita pernah merasa merana dan derita akan satu kenangan yang tak mungkin kita lupa dengan sekelip mata.. Kita terluka dan terpahat di dalam jiwa kita parut yang dalam.. Kita dicurangi dengan kiasan yang tidak mampu kita hadapi.. Kita di tinggalkan dalam sunyi dan sepi menjadi jarak menemani perjalanan keseorangan.. Kita memandang jauh dalam dalam, dan terdetik di kalbu mengapa ini semua berlaku pada kita.. Sedang kita masih tersungkur jauh dalam lemah mengatur langkah yang panjang untuk pergi, tapi kita tidak mampu untuk bangun..

Pada cinta yang pernah bersemi masih kita mengingati saban waktu tidak mengira masa.. Pada hati yang masíh merindui kenangan itu tetap segar dan mekar walau diasak pergi

Mengapa masih ada rasa sayang dan cinta lagi pada insan yang sudah tidak menjadi milik kita? Sedangkan kita tahu, di antara kita dan dia sudah tersurat tiada jodoh..

Dan bila kita sudah masih lagi menagih simpati pada sudut curang yang telah menghancurkan cinta yang pernah ada, kita pasti akan tertinggal jauh.. Jauh dalam dendam dunia yang tak sudah sudah.. Seharusnya kita, bersyukur pada Allah kerana menunjukkan perihal sebenar siapa dia.. Dan memberi pengajaran serta
pengalaman yang amat bermakna sebagai penunjuk jalan ke depan..

Langkah saja kaki kita tanpa rasa kecewa dan harapan yang sudah tidak pasti.. Biarlah sejarah itu tetap menjadi sejarah untuk di kenang kenang dan bukan untuk di ulang ulang..

Memang kita masih menyimpan rasa cinta itu lagi, dan masih lagi mengharapkan si dia berubah suatu masa.. Tapi bagiku, kecurangan dalam mengkhianati cinta cukup sahaja untuk sekali.. Kerana diri kita amat bermakna untuk menjaga hati kita sendiri..

Memaafkan dengan kata kata berlapikkan keikhlasan dan sudut hati.. Melepaskan dan melupakan yang terjadi susah untuk berlaku namun sekurang kurangnya kita manusia yang masih ada harga diri..

Akan ku kenang kenangan kita dulu.. Kerana kita pernah sama rasa erti bahagia. Jangan sampai rasa benci itu memakan hati. Kerana kamu dan aku tak mungkin lagi bersatu.. Dan cinta akan kamu, membuatkan aku semakin tabah.. Mengenal erti kesetiaan yang dulu sering dipersoalkan.

Jika Ingin Mencari Cinta.


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..

Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…

Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??

Siapa yang tahu… Wallahualam.

Jangan Bertunang Terlalu Lama

TEMPOH PERTUNANGAN : MAKIN LAMA MASA BERTUNANG,MAKIN BANYAK,RINTANGAN,DUGAAN,CABARAN DAN AIRMATA YANG AKAN DIHADAPI
Membina gerbang perkahwinan melalui cinta pandang pertama,mahupun kedua,ketiga dan seterusnya merupakan impian bagi setiap pasangan yang bercinta,itu adalah objektif sebenar bagi pasangan yang benar-benar jujur dalam perhubungan.

Sebelum pasangan itu merealisasikan perkahwinan,setiap pasangan perlu melalui beberapa peringkat adat resam perkahwinan dalam masyarakat melayu iaitu merisik(meminang),bertunang dan seterusnya perkahwinan.
Dalam melalui proses ini,pada peringkat pertunangan merupakan cabaran dan pelbagai dugaan yang harus ditempuhi.
Tidak semua pasangan yang bertuah melalui proses ini tanpa sebarang masalah kan?Apa yang gua perhatikan melalui perspektif di sekeliling gua ialah,sesetengah pasangan yang bertunang itu,kebanyakan mereka tidak tahu bila mereka akan bernikah(berkahwin). Bagi gua perkara ini sudah menjadi trend pada pasangan sekarang,hangpa setuju dak?
Dalam tempoh bertunang tu,pelbagai masalah yang akan timbul,makin lama tempoh bertunang tu,makin banyak dugaan,rintangan yang perlu dilalui,Awas !!!”Darah tengah Manis”.Kekadang tu,orang disekeliling kita merupakan “duri dalam daging”. Golongan ini mampu menjadi pemangkin dalam kemusnahan ikatan pertunangan yang kita bina. Sebab dalam dunia ini wujud golongan yang tidak suka melihat kebahagiaan orang lain,jesteru itu kita perlu berhati-hati.

Mengenai hati dan perasaan,bila pasangan itu dah mencapai pertunangan maka,rasa sayang,kecemburuan menjadi lebih menebal,especially wanita,mereka pasti tidak dapat menahan desakan emosi mereka,jika seseorang itu menceritakan setiap keburukan yang pada tunangannya.”Tipu la kan kalau dia boleh tahan”jika melalui perkara ini,apa yang gua nak nasihatkan teguhkan lah hati itu,jangan biarkan hati anda dinodai,apa yang pasti jangan terlalu mengikut emosi dan nafsu,kelak merana diri.Pada saat ini sifat saling percaya dan mempercayai perlu ada dalam diri setiap pasangan.
Sebab itulah,tempoh pertunangan itu merupakan peranan penting dalam menuju gerbang perkahwinan,bagi gua,tak molek sangat betunang lama-lama,kalau kita ni insan yang bernasib baik tak pe la kan,bertunang bertahun-tahun tapi berjaya berkahwin,Kita tahu ker,kita mempunyai nasib yang baik?tak tahu kan.So,lakukanlah perancangan dengan teliti.
Sebagai contoh,kawan gua,bukan gua ok,gua masih lagi single,still available,ahaks..memang cari nahas gua ni!!!hahaha.kawan gua ni bertunang terlalu lama sebab budget tak mengizinkan untuk dia melangsungkan perkahwinan.Oleh kerana tidak mahu ikatan yang mereka bina selama ini terputus dek perasaan cemburu begitu sahaja,mereka sepakat bernikah dahulu,bab majlis perkahwinan belakang cerita.So simple jer kan?yang penting tu perancangan.Jangan terburu-terburu,tak payah la nak kalut bertunang sangat,kalau budjet tak cukup,terutamanya lelaki..hehehe,(gua sendiri pun terasa)
Tapi disebalik pertunangan ini ada juga kebaikan,dimana dalam tempoh pertunangan ini kita dapat menilai sifat pasangan kita,tapi kalau dah bercinta lama tu,mesti dah kenal hati budi pasangan masing-masing yer dak?so jangan terlalu berfikiran negatif terhadap pasangan.
Benar kata orang,Jodoh sudah ditentukan,tak akan lari gunung dikejar,tetapi kita sendiri yang merancang,kalau baik perancangan kita tu,baik lah hasil yang kita dapat,begitu lah sebaliknya, yer dak?
Apa yang pasti,bagi pendapat gua sendiri,baik jangan bertunang terlalu lama,kenapa?tak payah lah gua dah huraikan lebih lanjut,hangpa pun dah besar panjang kan,dah boleh pikir yang mana baik dan buruk,Kalau nak sangat tahu kenapa?hangpa cubalah lanjutkan tempoh pertunangan tu..hehehee


Tanda-tanda lelaki merajuk

Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.


Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )


Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)


Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.


Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!


Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!


Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!


Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun… 


**btol ke laki majuk mcm ni?

Hakikat Seorang Lelaki

Masa mula2 kenal


Lelaki :Awak ngah buat pe? Awak sihat? Awak dah makan ke? Awak ngah baca buku pe tu? 
Awak ngah tgk cite pe tu? Awak nak kuar ke dengan sape tuh? takpela, sory ganggu awak...bla..bla..bla..
( pendek kata, semua benda nak tanya. Caring gila. Bukan apa,.nak tunjuk betapa prihatin nya si dia supaya ada peluang dapat 'curi' hati si gadis.)


Masa bercinta


Lelaki: Sayang ngah buat pe? 
Dah mam ke? Sayang ok ke? 
kalau sayang nak kuar, kuarla tp jgn keluar sorang2 ye. Jaga diri. 
Abg sayang sayang. Jangan...jangan..dan jangan..
( romantik sgt..setiap ayat ada sayang. Setiap apa yg si gadis nk buat mesti dia caring gak. 
Tapi mesti ada batas. ye la dah jadi 'gurlfriend',. tapi setiap ayat mesti ada larangan,.time ni si gadis nangis stay kena pujuk lagi dgn si lelaki.)


Masa bertunang


Lelaki: Ma ngah buat pe tu? Makan x lagi? apa nak kuar? buat pe? Ma ingat ckit, dh jdi tunang orang. Hormat pa k.Cakap tu baik2 cikit k. ma ingat pa ni siapa? 
Kalau pa cakap, tak boleh..tak boleh la. Susah sangat ke nak dengar cakap pa. 
( garang ckit je la. semua kena minta permission, kena bersebab dan klu nk buat something tu mesti ada kebaikkan pada si lelaki juga. silap sikit,
siap la. mesti kena marah, tak pun kena ungkit Kalau tak, awal2 lagi ckp.no..no..no..and no..time ni nangis pun kadang2 kena pujuk diri sendiri dah.)


Masa dah kahwin


Lelaki : Dalam fikiran ~ "Tak payah la call. Nanti pandai2 la dia makan. Bukan budak kecik, dah besar pun. Nanti kat rumah pun jumpa lagi. Jimat ckit. 
Tak payah nk bayar bil telefon mahal2. Sudah la, belanja umah, sewa umah, kereta dan mcm2 lagi nak kena bayar. Lagipun dah jadi isteri, bukan orang lain pun. 
Tak payah nk guna ayat bunga2 lagi. Kalau dia x nak layan aku, derhakalah dia jawabnya.!" 
( semua sikap suami yang x tahu masa ni, semua kita tahu. Kadang2 makan hati si isteri, dipujuk hati sendiri. 
Kadang2 bergenang air mata, cepat2 disapu, supaya suami x nampak. Banyak disimpan di dalm hati. tetapi sabar menjadi isteri sejati) 


Untuk apa wanita dilahirkan di muka bumi ini. Mesti bersebab dan ada hikmahnya. 
Bukan untuk disia2kan. Bukan mudah untuk mengambil alih tanggungjawab seorang ayah terhadap anak gadisnya. 
sepatutnya lebih menghargai. Namun, kebanyakkan memngabaikan seorang wanita setelah menjadi suri di hati. Lelaki..
sedarlah,.isteri untuk disayangi dihargai..selayaknya didampingi..sepatutnya lebih baik layanan anda sewaktu awal usia perkenalan mngenali isteri.
lelaki lebih menghargainya selepas ijab kabul bersemi.


Just for fun but ambil yang baik utk panduan k..


*p/s: betul ke lelaki macam tu?? rasanya tak semua sama kot... 

Tips hubungan:Salah satu Punca Cinta menjadi Hambar

Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi. 


Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain. 


Sebelum bercinta,kita berusaha menjaga hatinya,tidak mengutuknya dan cuba untuk membuatkan dia gembira dan tidak berkecil hati. Selain itu kita menunjukkan rasa hormat dan minat terhadap si dia..namun setelah bercinta dan untuk tempoh beberapa lama,ada yang sudah mula mengambil mudah isu ini.


Bahkan sikap saling memghormati juga sudah hilang,apabila menegur dah tidak berlapik lagi,apatah lagi bila sanggup mengutuk ,menghina dan membuatkan hati si dia terguris. Bila dah jadi mcm nie,masing-masing jadi jauh hati.


Kecewa sedih dan mungkin tidak dapat lagi menerima satu sama lain dengan cara yang sama seperti dulu lagi. Jadi untuk pasangan di luar sana,apabila cinta,Kekal kanlah sikap menjaga hati, dan hormat menghormati diantara satu sama lain.