Jom Followers Blog Blog Untuk Pasangan Kekasih Sejati

Tuesday, March 27, 2012

Sifat Lelaki Yang Tidak Disenangi Oleh Kaum Perempuan

1. MENINGGIKAN SUARA
Memang la mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar nak tunjuk ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Kesian kat perempuan ni...dah la lemah lembut, kena plak tenking...hehe


2. MENGONGKONG 
Apa yang perempuan nak buat, itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan ditentukan mereka. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu kat mereka, kalau tak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil tu je. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu? Ada gak ke lelaki jenis macam ni..jarang jumpa ni..hehe


3. CEMBURU BUTA 
Bak kata orang cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang je cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Lelaki harus ingat, tak semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah ye...kawal la sikit cemburu tu...


4. PANAS BARAN
Yang ni memang masalah… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Memang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


5. KAKI MEROKOK
Ini memang satu lagi sifat kaum lelaki yang merimaskan kaum wanita. Asyik dengan berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan... Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah kita tu. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok. Jangan lak tipu mereka...hehe


6. EGO
Ini pula merupakan masalah paling ketara dan melemahkan kaum wanita. Memang ego ni tak boleh dipisahkan dengan lelaki. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya. Kita hidup kena saling berkerjasama antara satu sama lain...pimpin keluarga bersama...walaupun lelaki ada kuasa veto, tapi lelaki kena tunduk jugak dengan kuasa bawahan...hehe


7. MENIPU
Masalah ni pun ada gak ek.. lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup mungkar janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo dan single.... Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Kalau dah ada pasangan tu, bgtw je ada pasangan.. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda ek...


8. MAIN KAYU TIGA 
Dalam hal main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


9. SUKA ‘CUCI MATA’ 


Kes macam ni pun ada jugak berlaku.. Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli ngan kekasih, yang penting peluang jangan disia-siakan. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


10. PERASAN
Alamak...lelaki pun perasan gak ke… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah! 

No comments:

Post a Comment